bismillah...
haaaa.....aku bgun pagi ni, celik mata, ok..aku bkan lagi dlm blik kaler pink mcm sblm ni. tapi mata aku silau melihat dinding kaler kuning. bunyi ombak laut china selatan semakin kuat. aku pandang kiri kanan. ade 2 katil saiz single. dua2 kaler pink. bukti aku dah ade kat kolej. sedih. sebak. tapi kelangsungan idop perlu diteruskan. perpisahan ni sementara. seteruk2 idop kat sni tak la seteruk idop aku satu hari nanti. tanpa pekerjaan yang tetap.
sedih. perasaan tu tetap terasa. seminggu aku cuti macam takde apa2 yang aku buat. nak bermanja dgn mak pown rase tak ckup. huuu~ lagi 3 bulan bru dpt dgr bebelan mak. jeritan adik2 laki aku, bunyi moto abah stiap magrib and celoteh2 pasal bisnes dr adik pompan aku.
aku tau aku hipokrit. setiap kali balik ke tgganu, aku slalu sedap kan hati dgn ayat "takpe. setahun je lagi..." kalau dlu, hilang je kelibat family aku taym bas mula b'gerak, berderu air mate kluar. tak henti smpai ke KL. sekarang tak. sebab aku kuat? bukan. mungkin sebab hati kering. mula rase khidupan merapu kat sni, aku blh adapt tanpa masalah. cara? abaikan saja ape saje benda mengarut yang jadi depan mata atau apa saja berita mengarut yang aku dengar. terus kan kehidupan sndiri. jangan bebankan orang sekeliling kita dgn masalah yang ada. tak membantu pown. percayalah. sebab setiap sorang dari kami ada masalah sendiri.
sangkar emas. itulah Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu. mewah. katanya. org luar selalu beranggapan, kami, pelatih disini bakal hidup senang. belajar saja. tap tuhan je yang tahu. hidup kat sni. tak ubah seperti sangkar atau kata kasarnya, penjara. meringkuk. sedih. tak berperasaan. setiap orang cuba menindas orang lain. huh. mengarut!
aku pejamkan mata lagi sekali. cuba bermimpi yang indah2. lari dari masalah yang bakal datang untuk hari2 mendatang kat sini. harap segala nya indah walau dasarnya keruh. kekuatan itu perlu. jadi, ya Allah...turunkan la kekuatan itu pada hambamu ni. turunkan juga kekuatan pada ahli keluargaku yaAllah kerana merekalah sumber kekuatanku. aminnn~ mata pown mula terlelap. sekali lagi...
No comments:
Post a Comment